Pages

Wednesday 12 October 2011

Bandar Tercemar


 Kuwait
Tahap pencemaran: 123ug/m3
Kuwait adalah satu daripada empat negara Timur Tengah kaya dengan minyak yang termasuk dalam senarai. Kuwait juga adalah pengeksport minyak keempat terbesar diantara negara-negara OPEC (Organisasi Negara-negara Mengeksport Pertroleum), dengan perusahaan minyak merupakan setengah daripada KDNK Kuwait.
Kuwait telah menjadi berita utama semasa Perang Teluk pertama pada 1990 apabila tentera Iraq membakar medan minyaknya, menyebabkan pencemaran udara dan tanah secara berleluasa.
Satu kajian global pada 2010 oleh firma perunding Gallup mendapati yang 57 peratus rakyat Kuwait tidak berpuas hati dengan kualiti udara di kawasan tempat tinggal mereka. Penduduk tempatan dilaporkan mengalami penyakit pernafasan seperti asma, kanser dan penyakit kulit pada kadar yang tinggi.

DADAH MUSUH NEGARA!!!!!

Dadah - Musuh Yang Tidak Pernah Kalah

Seingat saya isu penyalahgunaan dadah merupakan antara isu yang sering dijadikan tajuk perbincangan sama ada ketika membuat karangan bahasa Melayu mahu pun dalam pertandingan pidato atau syarahan pada zaman persekolahan saya dahulu.

Laporan Khas bertajuk “Dadah di Malaysia Lagu Lama, Irama Baharu” dalam Dewan Masyarakat April 2009 tulisan Aninah Janang menarik minat saya untuk membuat coretan ini. Berikut merupakan beberapa fakta penting yang dilaporkan dalam Laporan Khas tersebut :

1. Kira-kira 4% daripada penduduk Malaysia adalah penagih dadah iaitu melebihi 300,000 orang.
2. Daripada jumlah tersebut – 17 orang adalah penagih dadah baharu dan 20 orang penagih dadah berulang dikesan setiap hari.
3. Seramai 5313 daripada 9989 penagih dadah di Malaysia pada Januari hingga September 2008 adalah penagih berulang - Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI).
4. Sejumlah 13.5 juta orang penagih dadah di seluruh dunia dan 9.2 juta daripada mereka adalah penagih heroin – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
5. Jumlah penagih dadah di 28 Pusat Serenti seluruh negara meningkat daripada sejumlah 4163 orang pada tahun 2002 kepada 7392 orang pada tahun 2003.
6. 90% daripada penagih yang menjalani program pemulihan kembali menagih.

Sememangnya situasi ini sungguh menyedihkan sekaligus mengundang kebimbangan masyarakat kini. Dalam kemelut politik negara masih bergolak ditambah pula dengan krisis ekonomi yang belum nampak cerahnya, kita masih lagi menangani musuh yang sudah lama kita perangi tetapi masih tidak mengaku kalah.

Mungkin kerana strategi peperangan yang kita gunakan belum cukup baik untuk membunuh musuh ini. Strategi yang kita gunakan di Malaysia untuk memulih dan merawat penagih dadah adalah menggunakan perubatan moden, keagamaan dan sesi kaunseling manakala di negara jiran kita Indonesia, strategi yang digunakan adalah pendekatan kerohanian semata-mata merangkumi peringkat “pembersihan/penyucian” melalui mandi wajib, peringkat “pemulihan” melalui solat dan zikir serta peringkat “pembinaan” yang merangkumi ketiga-tiga mandi wajib, solat dan zikir yang dilakukan secara berterusan.

Laporan Khas bertajuk “Keajaiban Inabah” dalam Dewan Masyarakat April 2009 tulisan Mohd. Shukri Mohd. Ariff menyingkap keberkesanan strategi ini. Institusi di Indonesia yang melaksanakan strategi ini dikenali sebagai Inabah di bawah kelolaan Pondok Pesantren Suryalaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Inabah bermaksud pengembalian atau pemulihan – satu proses mengembalikan seseorang ke jalan Allah. Istilah Inabah ini dugunakan dalam al-Quran melalui Surah Luqman ayat 31 dan ayat 42, Surah al-Syura ayat 10 dan surah yang lain dalam al-Quran.

Pendekatan Inabah ini diambil kerana “Tindakan seseorang mengambil dadah berpunca daripada gangguan jiwa dan rohani yang tidak mantap, jadi jika mereka mahu diubati, bersihkan dahulu jiwa mereka itu dan isikan dengan rohani yang kukuh,” begitu menurut K.H Zaenal Abidin Anwar, Dekan Fakulti Dakwah, Pondok Pesantren Suryalaya.

Apa yang menakjubkan adalah tidak ada seorang pun penagih dadah yang mengikuti pemulihan di Inabah ini kembali menagih berbeza dengan di Malaysia yang mana sejumlah 90% daripada penagih yang mengikuti program pemulihan akan kembali menagih.

Lebih menakjubkan lagi adalah mereka yang melangkah keluar dari Inabah diterima baik oleh masyarakat dengan cara memberikan pekerjaan kepada mereka. Tambahan lagi, Inabah mempunyai jaringan alumni yang cukup luas merangkumi institusi penting di sektor awam hinggalah perusahaan di seluruh Indonesia.

Melihat kepada pencapaian inilah Inabah diberikan pengiktirafan “Distinguish Service Awards” oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi agensinya International Federation of Non-Government Organisations (IFNGO).

Inabah dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) tanpa membebankan kerajaan Indonesia berbeza dengan di Malaysia yang mana kerajaan memperuntukkan sejumlah RM300 juta untuk menyenggara dan mengendali pusat pemulihan dadah diseluruh negara iaitu jumlah yang sama diperuntukkan dalam Belanjawan 2009 untuk menangani kemiskinan dalam kalangan nelayan.

Dengan mengambil kira perbezaan keberkesanan pendekatan pemulihan yang diguna pakai antara Malaysia dan Indonesia ini ada baiknya kita mengkaji semula pendekatan yang kita guna pakai di Malaysia.

Pada masa yang sama juga, institusi kemasyarakatan harus lebih bersedia menerima bekas penagih dengan cara membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri dan seterusnya untuk sama-sama menggembleng tenaga menjana ekonomi negara. Kemungkinan dek kerana keengganan masyarakat menerima mereka merupakan salah satu punca mereka kembali menagih.